Manfaat dan penggunaan Garam Himalaya

Garam Himalaya digunakan seperti jenis garam lainnya, iaitu untuk perasa masakan, memasak, menggosok sel kulit mati, campuran air mandi berendam, kadangkala digunakan untuk bahan foto dan makanan, dan lain-lain. Garam Himalaya yang masih berbentuk lempengan juga seringkali digunakan untuk tempat membuat dan menyajikan pelbagai masakan, seperti bisut, piza, mahupun masakan berasaskan haiwam seperti daging panggang, telur, atau ayam. Memasak di atas lempengan garam Himalaya, dipercayai meningkatkan cita rasa dan aroma yang khas, namun untuk penderita sakit jantung atau ginjal, memasak di atas lempengan garam tidak disyorkan kerana akan meningkatkan nisbah kandungan garam dalam masakannya.[4]

Manfaat garam Himalaya tidak berbeza dari garam lainnya yang dilombong di laut ataupun garam dapur.[5] Tingginya harga garam Himalaya di pasaran diyakini berada di tahap kesukaran perlombongannya yang tidak mudah, sehingga sukar didapati.[6]

Meskipun kandungan natrium pada garam Himalaya lebih rendah daripada garam dapur kerana butiran kristalnya lebih besar, namun perbezaannya sangat sedikit dan tidak mencapai jumlah signifikan, sehingga tidak menunjukkan perbezaan manfaat ataupun khasiat khusus berbanding garam lain. Begitupun mineral lain yang terkandung dalam garam Himalaya kepekatannya hanya sedikit apabila dibandingkan dengan kandungan Natriumnya sendiri, sehingga tidak cukup memenuhi angka kecukupan mineral yang diperlukan oleh tubuh.

Rujukan

WikiPedia: Garam Himalaya //doi.org/https:%2F%2Fdoi.org%2F10.1016%2F0037-073... https://www.businessinsider.com/pink-himalayan-sal... https://www.healthline.com/nutrition/different-typ... https://www.healthline.com/nutrition/himalayan-sal... https://health.kompas.com/read/2020/06/09/07070046... https://mediaindonesia.com/read/detail/330830-meng... https://www.sciencedirect.com/science/article/abs/... https://www.seriouseats.com/2019/09/guide-to-salt.... https://www.youtube.com/watch?v=tjbOuxzSWEQ https://www.kominfo.go.id/content/detail/22704/dis...